Ahad, 14 Julai 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


                                 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Segala puji bagi Allah SWT  atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga hati kita sentiasa mengingati dan tidak henti-henti memuji kebasaran Allah SWT. Tabahlah menjalani segala ujian dari Allah. Adapun yang tengah bersedih. Ingatlah, Allah sentiasa ada dengan kita. Lihatlah sekeliling, pejamkan mata dan rasalah sapaan dari tiupan angin yang menyapa badan kita. Dari situ lihatlah dan rasalah kebesaran Allah SWT dan dari situ kamu akan rasa betapa Allah dekat dengan kita. Subhanallah. Bagi yang sedang gembira, janganlah kamu lupa dan leka dengan kesenangan yang kamu ada. Jangan lupa untuk bersyukur kerana manusia akan kalah dengan ujian kesenangan kerana terlalu gembira. Sentiasa ingat dan letakkan Allah yang satu dalam hati kita.

Alhamdulillah, sekali lagi diberikan waktu dan masa untuk menyambung perjuangan dakwah ini yang masih tak seberapa. Entah kenapa petang yang dingin ni terasa tenang menulis warkah kali ini. Setelah sekian lama menunggu dan akhirnya pada Ramdhan yang Kelima ini diberikan kekuatan untuk menulis. Alhamdulillah sekali lagi kita masih mampu berpuasa sehingga ke hari ini dengan tertib dan diisikan dengan Sunnah Nabi.


Bulan yang ditunggu datang lagi setelah setahun kita menunggu. Bulan yang Umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan ibadah untuk mengabdikan diri kepada yang Maha Pencipta. Allahuakhbar. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu ". Tidakkah kita ingin mencari keberkatan itu. Sujud menyembah Yang Maha Pencipta segala langit dan bumi. Yang menjadikan matahari itu bersinar mengeluarkan cahaya. Yang mencipta hati kamu supaya berzikir dan mengingatiNYA. 

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Maha Suci ALLAH. Lihatlah cantik sungguh percaturan ALLAH. Setiap apa yang kita lakukan kebaikan akan dibalas dengan setimpal malah digandakan. Tetapi apabila kamu, kita dan saya melakukan kejahatan walaupun sekecil zarah maka akan dibalas dengan setimpal apa yang kamu lakukan.


Ayuh kawan-kawan dan saya menyeru diri saya sendiri juga bangkit dan kuatkan semangat dalam mencari keredhaan Allah SWT. Berlumbalah kita dalam melakukan ibadah untuk mendapat manfaatnya kelak. Biar sedikit asalkan Istiqamah. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud " Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, dimana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurukan Rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada ALLAH Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah yang dinafikan daripada ALLAH pada bulan ini ".
Sesungguhnya orang yang solatdi bulan Ramadhan, tiap sekali sujud dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dibina rumah di dalam syurga daripada permata, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya.

Semoga segala amalan dan ibadah kita akan diterima dan dicatitkan segala kebaikkan untuk kita. Sampai disini sajalah segala coretan saya pada kali ini. Yang buruk datangnya dari saya dan yang baik datangnya dari ALLAH. Tanpa ilhamNYA tidak mampu rasanya mencatatkan segala bait ayat-ayat ini buat diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan. Maaf atas segala kesalahan saya dan cara penulisan saya. Ingat, saya menulis yang ini bukan bererti saya ni lebih baik dari kalian. Saya juga masih dalam proses merubah diri. Di sebalik kopiyah mahu serban terselindung diri saya yang hina lagi berdosa. Tersembunyi insan yang masih mencari cahaya untuk keluar dari kegelapan. Salam sayang dan kasih kepada rakan seperjuangan. Semoga Allah menyentuh hati-hati kita dengan kasih sayang dan RahmatNYA. Inshaallah..


~ Jazakumullah Khairan Katsiran Wa  Jazakumullah Ahsanal Jaza ~




Isnin, 13 Mei 2013

Ahlan Wasahlan to to my new blog

Assalamualaikum kepada semua yg bakal follow blog saya dan kepada blogger2 lama. Saya newbie lagi dalam dunia blog tapi even tak ada blog saya masih membaca blog2 orang. Dah lama terniat nak buat blog tapi tertangguh, asyik tak ada masa. So hari ni saya kuatkan semangat nak buat blog sebab rasa jeles ramai orang yang dah ada blog.. HAHA So terhasillah satu blog yang di beri nama seorang lelaki..Alhamdulillah..masih dalam proses nak design blog saya ni.Banyak lagi yang perlu dibaiki. Actually blog ni dibuat sebagai diari alam maya saya atau tempat saya menceritakan pelbagai perkara ilmiah, berkongsi cerita,berkongsi hobby atau tempat menambah kenalan blog. So, kalau ada kekurangan dalam cara penulisan saya, maafkan saya sebab saya masih baru dalam dunia blog ni. Untuk blogger lama sila beri tunjuk ajar yee.. 
so thanks sebab baca....salam ukhwah dari saya